Friday, December 5, 2008

anda berc0uple..??sila bc artikel ini..selamat membca...

(semase bce mend alah ney aggap lah dri k0rg mcm se0rg 'lelaki' utk lbey mndalami kesah ney,,hehe)

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..

asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada
wanita
Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 3 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..

Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun sel
alu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..

Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini diharg
ai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu unt
uk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan per
ubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan maca
m-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya i
tu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan ke
kal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan

membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah
pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..


"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..

huhu~~
tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat..

Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..

Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?

Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..

lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..


Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.
.
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..

huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang d
iri..
saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,

padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,

Cepat marah, suka buang masa,

ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tap
i couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?

Dan terkadang saya rasa serba salah?


Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu se
minar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefaham
an saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..

"Ni kira dakwah juga..saling ingat-me
ngingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi t
a'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk be
rtanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"


Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa
?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu sa
ya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada le
laki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; se
sungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya menga
wal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni s
aya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, n
iat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sung
guh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya a
pa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau b
erjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki.
kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi ak
h..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan be
rcakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjal
an ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama dar
ipada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U,
dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya tak
ut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak d
apat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu
. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun
, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak ber
makna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudu
t positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekali
pun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.
"

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekara
ng, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******

....

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya...

wsalm...

baca taw..syok..

Aku dan kamu... Apakah sudah mahu berpisah??

Kuperhatikan mentari yang sudah mula mahu menyorokkan diri. Kalau tidak dek kerana bulan yang mahu menonjolkan diri pula, sudah tentu ia masih lagi mahu terus berada di persada penglihatan masyarakat bumi. Sementara itu, bayangan sekeliling mula menggelapkan diri. Seakan berada di monitor yang mana seseorang sedang meng'adjust' bright and contrass-nya. Ini semua bermakna siang sudah tamat pada hari ini. Hanya menanti ketibaan malam yang sudah bersedia mengambil alih. Ini semuanya kepatuhan kepada peng'adjust' alam yang juga penciptanya. Mencipta langit. Mencipta bumi. Juga diriku ini. Semuanya tak mampu melawan kuasa yang dipunyainya. Harus menurut, mesti diikut.Semuanya sepi....tanpa kata.


Dan aku melihat padamu. Turut sepi mengingatkan perkara yang akan berlaku selepas ini. Sebetulnya, masing2 sudah ghalib dan faham dengan fi'il masing2. Masing2 sudah tahu apa yang patut, dan semestinya berlaku. Meskipun sedikit rasa terkilan dan terseksa, kepatuhan pada sunatullah mengatasi segala.Perpisahan.... Oh!! betapa pedihnya.. bagi yang merasai..

Bagiku pedih, kerana dirimu itu menarik. Aku terkesima ketika mula2 kau menampakkan diri. Walau sudah sekian kali mendengar akan perihal kau, pertemuanku dgn kau langsung menyuntik rasa.... arghh!.. Alangkah manisnya..




Aku pasti akan terkenang saat bersamamu. Ketika ku dalam kesusahan kau berikanku kesabaran, kau berikan smangat kpdku untuk meneruskan hidup. Dan aku juga pasti takkan dpt lupakan saat kau berikan suntikan pertolongan, tatkala nafsu dan dunia datang mengasak drpd pelbagai arah, meskipun kehilangan tonggak utamanya dek kehadiranmu. Namun semua itu pasti akan berakhir...

"Adakah kau tetap mesti pergi?" lontaran soalan olehku yg aku sudah tahu sendiri jawapannya..

"Sudah tentu.. sudah sampai masanya.. masakan aku mampu mengelak"

"Tidak bolehkah ditangguhkan mungkin sehari, dua untuk aku bersamamu lagi?"
aku mengharap perkara yg sudah pasti tidak akan dapat....

"Penemuanku ini bukan dirancang olehku.. jika begitu, pasti akan ku peruntukkan selamanya bersamamu.. kerna aku tahu sndiri yang kau mahukanku" jawapan ikhlas tadi menggelojak perasaanku..

Ku tundukkan pandangan menghadap ke bawah lantai.. Cairan hangat melalui pipiku, langsung mencecah lantai. Ku lihat perkara yang sama berlaku padamu.

"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...

"kau pasti, tiada cara lain untukku bersamamu lebih lama?"
kulihat kau seperti berat untuk menjawab.. barangkali mencari jawapan untuk memaskan hatiku yang semakin mengasak soalan kepadamu..

"Kau tahu, perpisahan ini takkan dapat dielakkan lagi, tapi sekurang2nya, kita boleh berharap untuk bersama lagi..mungkin untuk jangka masa yang akan datang sekiranya ditakdirkan.."

"Ya, kau betul... sejujurnya, kau pandai mengambil hatiku yang sedih dgn perpisahan ini. Kau tahu, aku takkan lupakan segala tarbiyyah yg kau curahkan, segala harapan yg kau bentangkan untukku, segala mcam yang kau telah peruntukkan untukku.... dlm jangka masa yang teramat pendek ini..arghh!."

aku x dpt menahan pilu yang semakin menusuk2 kalbuku. Perasaan itu menghalang aku meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati..

"Kau tahu apa yang aku mahukan selepas perpisahan ini untuk pertemuan yg akan datang.?"

Aku tersentak seketika.

"Aku mahu melihat kau yang sekarang merupakan kau untuk hari2 berikutnya, sehinggalah kita ditakdirkan bersua lagi... Aku tahu kau tahu satu perkataan.. Istiqamah..."

Aku mengukir senyum... Ternyata nasihat inilah yang membuatkan dia kelihatan istimewa pada pandanganku..

"Aku terpaksa pergi sekarang...."

"baiklah... semoga bertemu kembali... dalam keadaan yg lebih baik.. "


Aku kembali memandang bulan yang semakin menampakkan dirinya..
.
Aku harap kebahagiaan ini takkan hilang dan pudar dari hidup ini...
Selama mana aku sanggup menantimu aku akan tunggu... seandainya sampai jodoh kita... Amin,,

Calon suami yang baik, ada la cket dlam calon aq!! hehe...
Current mood: ashamed
Category: Life

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a'lam.

khas utk sume

Hakikat couple!! Ciptaan Remaja...

Ku sedar diriku telah jauh dari jalanmu…Sekarang aku sedang berusaha utk kembali seperti dulu....
.

hidup dgn keadaan diri cukup gerunkan azab tuhan, hidup dalam kepuraan tiada membawa ke mana...
hanya bertemankan nafsu syaitan yg mengarahkan perbuatan..


hatiku kosong, pedih, rasa hina bila bersama mereka yg hatinya cintakan tuhan..sakit sangat sa
at diri dalam sandiwara syaitan….kalaulah aku tahu begini
kesannya, aku xkan ikut telunjuk syaitan..syaitan……sandiwaramu hebat, bisikanmu tepat, kata2mu
berseni… kerana janji telah kau patri untuk menyesatkan keturunan Adam…


katamu couple boleh merilekkan minda, ada tempat nak share problem, ada org caring..
rugi x couple sbb kwn2 sume da couple.. katamu lg…waktu couple macam2 bleh buat..sbb nnti last2 akan kawin
jgk..fuh!!!


hebat perancangan ikhlas syaitan laknatullah nih..!!
sebelum couple syaitan lalaikan kita dulu,syaitan kata kita sudah besar..perlu cari calon isteri..
mesti cari yg baik2…syaitan kata lagi…

bila dah couple ni mesti ada rasa cemburu…
kononnya cemburu tu tanda sayang…



tapi hakikatnya cemburu itu buatkan hati yang pernah berseri kerana iman makin melayang jauh dari cintakan tuhan..


hebat sungguh si syaitan laknatullah...

tipulah kalau ada kata couple ni banyak kebaikan dari keburukan…aku tahulah..aku dah lalui semua ini..
kebaikan mmg ada tapi ibarat sebiji gula dalam seguni tahi…


sedarlah kawan2…
perancangan syaitan hebat..kerana itulah kita kena sentiasa berwaspada..
TAPI NAK BERWASPADA MACAM MANA????
solat pun tunggang langgang, sebut nama tuhan pun jarang,
hubungan dgn Tuhan pun renggang.. wahai sahabat..titislah air matamu hanya untuk untukNYA..



DIA sgt merindui tangisanmu..
marilah kita tarbiah kembali diri kita….
kalau tidak kerana limpahan kasih sygNYA tidak mungkin kita di sini, bernafas dalam kesegaran nikmat TUHAN,
berjalan di atas bumi Tuhan, wahai sahabat…
sayangnya Tuhan pada kita…


walau banyak mana sekalipun kita melakukan dosa,
samada secara sedar atau tidak tuhan tetap memberi ruang pada kita untuk kembali pdNYA…buatlah perkiraanmu..
adakah kita benar-benar cintakan tuhan???apa buktinya cinta kita hanya pada Tuhan....???

selamat membaca

warkah buah ADAM..

BISMILLAHIRrAHMANIRrAHIM..
awa..Buktinya sdah cukup dr perustiwa Qabil&Habil dan ianya berterusan sehinggalaDidoakan sem0ga kalian beroleh selamat serta berada di bawah lindungan payung Rahmat AllahS.W.T..AMIN..

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanskan hatimu..sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dulu..aku asalnya dari tulang rusukmu yg bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjlanan hidupku sentiasa inginkn bimbingan serta pimpinan darimu.Sentiasa mahu terpesong dr landasan krn aku "buruan syaitan"..

Adam,
Maha Suci Allah yg tlh mentakdirkan bilangan kaumku melebihi kaumku d akhir zaman..Inilah sebenrnya ketelitian Allah dlam urusannya..jika bilangan kaumku mengatasi bilangan kaummu,nescaya merahlah dunia krn darah manusia,kacau bilaulah suasana..Adam sesama Adam bermusuhan krn Hh pd zaman cucu-cicitnya..Dengan kelebihan bilangan kaumku ini,maka selaraslah undang-undang Allah yg mengharuskan beristeri lebih satu,tp tidak lebih dr satu waktu..!!

Adam,
Aku tahu bhwa engkau mengetahui bhawa ada termktub di dlm kitab suci Al-Quran bhwa "lelaki itu pemimpin bg kaum wanita"..Kau dbri amanah utk mndidik aku,kau diberi tanggungjwb utk menjagaku,mengawasiku,serta membimbingku agar aku sentiasa berada dlam redha tuhanku&tuhanmu..Tapi Adam,nyata dan rata-rata apa yg telah terjadi pada kaumku ini..!!Aku&kaummu tlh menderhakaimu..Ramai yg telah menyimpang dr landasan yg ditetapkan..Kerana itulah Muhammad kekasih Allah pernah menyatakan bhawa kaumkulah yg paling rmai menghuni neraka krn kederhakaanku terhadapmu..!!Namun apa yg telah engkau lakukan utk membingbingku serta kaumku..Aku x sanggup menghadapi neraka itu Adam..!!Asalnya Allah menghendaki aku tinggal di rumah,jalan-jalan ,pasar dan bandar bukanlah tmpatku..jika terpaksa aku keluar dari rumah,seluruh tubuhku dibalut dr hujung rambut hingga hujumg kaki..Namun,realiti serta hakikatnya,aku telah berbuat lbih dr itu..

Adam,
Mengapa kau iarkan aku begini??Aku mnjadi ibu&guru terhdap ank-ankmu..Dalam wktu yg sama,aku keluar kerja menampung pendapatanmu,aku mengurus hal negara,ke hutan memikul senjata..Sedangkan kau??Duduk-duduk sahaja..Ada diantara kaummu yg menganggur tidak bkerja..Adam inilah realiti kaummu kini..!!Apa kau tidak lagi seperti dulu..??Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku..??


Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,Adamlah yg pertama sekali perlu dipersalahkan..Mengapa Adam??..kerana mana mungkin kayu yg bengkok mampu mghasilkan bayang-bayang yg lurus..Mana mgkin baju dn akhlak mazmumahmu mampu mnjadikan aku wanita s0lehah..Adam seandainya kau melihat akhlak mazmumah pd kaumku,kau sepatutnya bersedih!! kerana ini telah membuktikan betapa gagalnya engkau mnjadi se0rang pemimpin!!..Gagalnya kau mnjadi seorang ayah dan suami..!!Cuba renungkan kembali,mengapa beribu-ribu tahun dahulu terlalu byk wanita-wanita s0lehah..??Khadijah,Aisyah,Fatimah,Asiah,Sumayyah dan terlalu byk bilangannya sehingga tak termampu utkku abadikan namanya di sini..Mengapa Adam..??jawapannya mudah sekali Adam..mereka dpimpin oleh seseorang yg terlalu baik akhlaknya..junjungan besar Muhammad S.A.W..bAGinda mendidik kaumku dgn penuh berhikmah serta di dalam diri baginda telah wujud uswah hasanah yg mampu dic0nt0hi oleh para wanita itu..

Adam,
kau adalah imam dan aku adalah makmummu..Aku adalah pengikutmu kerana engkau adalah ketua..jika engkau benar,maka benarlah aku..jika engkau terpes0ng dan lalai,maka akulebih dr itu Adam..!!Adam,kau punyai kelebihan akal,manakala aku kelebihanku nafsu..Dinisbahkan akalmu senbilan,nafsumu satu..Aku..??Akalku satu,nafsuku beribu..!!

Adam yg ku dambakan,
Hanyalah iman penggerak hidupnya,
Tiangnya Agama,
Batinnya Taqwa,
Ilmu teguh di dada,
Hatinya sarat cinta kPd Allah dan RasulNYA,
Suluhannay bukan nafsu semata,
Tapi ihsan kayu dijiwa..


Adam yg aku harapkan,
Terhibur dgan kalamullah,
Terasa manis dgn zikrullah,
Rindukan perjuangan Rasulllah,
Cintakan sunnah kekasih Allah..
Di akhir zaman yg penuh fitrah..

Adam yg kupinta,
Mengemudi bahtera rumahtangga,
Petunjuknya Al-Quran,
Petanya sunnah junjungan,
Panjinya islam,
sauhnya iman,
Layarnya Taqwa,
Pakaiannya Sabar,
Semangatnya membara,
Setiap ketika,
menggamit ketaatan di jiwa..

Adam yg ku impikan,
Malamnya syahdu dek tangisan,
Tidak terbuai dek lena yg panjang,
Munajatnya pilu penuh kehambaan,
Gentarkan neraka jahannam,
Agar tidak menyentuh anak isterI tersayang...

Adam yg ku nantikan,
Mengenalkanku cinta hakiki,
Cinta Ilahi itulah visi,
Agar hidup diiringi Rabbi,
Bersih dr tiupan iblis..

Adam yg ku harapkan,
Membentangkanku permaidani muhasabah,
Kata-katanya adalah tazkirah,
Senyumannay adalah nasihat,
Dan telunjuknya adalah arah,
Agar tetaplah aku penuh haibah,
Diatas landasan Islam yg indah,
Hingga kering titisan darah..

Adam,
Terlau panjang rasanya luahanku,moga dgn berakhirnya tintaku ini maka turut berakhirlah epis0d silam kejahilanmu dan bukalah lembaran baru dlm hidupmu agar mampu memimpinku ke landasan yg benar..Maafkan aku andai c0retan ini menimbulkan amarahmu..Adam,utk terakhirnyaingatlah jika engkau terasa jauh dr landasan Islam maka aku terasa lebih jauh dr itu,kerana engkau pemimpin dan aku adalah pengikutmu...

Dari Teman yg kau pinta dahulu..
....HAWA...